Pembinaan usrah muslimah bermula dari penyediaan konkrik dan tapak yang kukuh. Percubaan membinanya di tanah lumpur atau tebing yang runtuh hanyalah satu percubaan yang sia-sia malah membahayakan diri. Islam telah melakarkan “Pelan Yang Kukuh” untuk tujuan pembinaan tersebut.
Tapak usrah muslimah yang dikatakan tersebut adalah sebagaimana sabda Nabi SAW:
عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن المرأة تنكح على دينها ومالها وجمالها فعليك بذات الدين تربت يداك .
رواه الترمزي وقال حسن صحيح
“Maksudnya: Dari Jabir bahawa Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya perempuan yang dikahwini berdasarkan agamanya, hartanya dan kecantikannya; maka selayaknya engkau memilih agama yang pasti membahagiakan kamu”
Hal ini turut ditegaskan oleh Imam al-Ghazali R.A di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin:
“Proses pengislahan ehwal kehidupan (rumahtangga) mestilah dengan mengambil perhatian yang serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih iaitu perempuan yang ada padanya 8 peranan :
1- Beragama
2- Berakhlak mulia
3- Murah mas kawin
4- Tidak mandul
5- Anak dara
6- Berbangsa (keturunan yang baik)
7- Cantik
8- Bukan dari kerabat yang dekat
2 Respon:
Assalamualaikm...Nice article!!!...Ana ingin berkongsi pendapat yg x seberapa ini. Ana amat teruja dengan tajuk artikel ini...amat menarik sekali n boleh dijadikan kata2 semangat dlm usaha mengejar Baitul Muslim..InsyaAllah..Rumahtangga itu adalah cermin utk melihat Ummah. Setiap bata yg membentuk binaannya adalh hasil drpd ’air tangan’ sebuah rumahtangga..Medan suami mendidik isteri, gelanggang isteri memimpin suami, tempat ibubapa mengasuh anak2 dan dunia anak2 berihsan kpd Ibubapa itu semua adlh ’dunia kecil’ yg Allah anugerahkan kpd manusia utk kt belajar membentuk manusia, sebelum berjuang membina massa.Akhir kalam dr ana, Rumah itu medan pertama sebelum Ummah matlamat besarnya...Wslm.
Salam...Usrah yang cemerlang..bergangtung kepada pengurusan yang cmerlang,,jika ketuanya mgunakan dasar2 Islam dlm mmbntuk keluarga. maka Insyallah berjayalah kluarga tu..
Post a Comment