HepY NeW YeaR 2010



Harapan baru buat diriKu....

Mesti Belajar dari kesilapan yg lalu..Teruskan usaha n Laksanakan apa yg diingini..Jangan takut selagi ia tidak menyalahi hukum Allah..Mesti berani tegakkan kebenaran!!


Firman Allah s.w.t :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mrk mengubah apa yg ada pada diri mrk sendiri "

(surah ar-Ra'du:11)

So, jelaslah bahawa sesuatu perubahan ataupun transformasi yg ingin kt lakukan perlulah bermula dari diri kt sendiri..Sebab pe?? Kerana jika tidak, tiada sesiapapun yg dpt membantu diri kt jika kt tidak ada inisiatif sendiri utk melakukan perubahan(penghijrahan) ke arah yg lebih baik.

Sedarlah sahabat2 sume..kt hidup di dunia ini hnya sementara shj dan segala nikmat yg kt kecapi selama ini datangnya dari pemilik kt ( Allah s.w.t.) yg berhak mengambilnya kembali pada bila2 masa sahaja jika DIA mengkehendakinya.Jd,marilah sama2 kt berlumba utk mencari redha Illahi selagi mana masih ada masa n jgn lupa utk pertingkatkan segala amalan n jauhkan dr dari segala bentuk kemaksiatan n kemungkaran..

*Moralnya disini:
>Muhasabahlah ttg segala ksilapan n kesalahan yg telh kt lakukan,selagi kt masih diberi ruang n waktu oleh sang pencipta.
>Pd tahun baru ini, bulatkan tekad n niat untuk membina satu azam yg murni dlm melakukan
revolusi ke arah yg lebih baik.

Semoga sahabat2 mendapat manfaat dri tulisan ini..ttp hakikatnya ia adalah peringatan bt diriku yg lemah ini(^_^)

Salam Ukhuwah Penuh Mahabbah..

Assalamualaikum sume...

Sudah sekian lama blog ni tidak dibuka n diupdate...
Rasa cam dah bersawang-sawang dah blogku..huhuhu.

Welcome back!! hehe..
emm rasa cam kejap je..tgk2 da pun last sem..
Jd bermulalah mujahadahku di medan ilmu ini..
Tesis+asgmnt??....msti fokus n jgn main2...
Utk sahabt2 ku jg Caiyok2...sama2 kt berjuang!!


Result Exam??
Alhamdulillah syukur sgt3 =)
sgla usaha dan penat lelahku terbalas...syukur ya Rabb.
kpd sahabt2 yg berjaya tahniah n yg kurang jgn putus asa,teruskan usaha.
Thanks to Allah for His generousity.He has help me a lot for what my own right now.


The formula is easy and simple, right?

fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah..
Intansurullaha yansurukum, wayutsabbit aqdamakum..


Wokeh..Pendek kata masih ada masa nak pulun study..nak motivasi diri masih sempat lg..yg penting JANGAN PUTUS ASA sebelum tiba waktunya..
Ingat harapan mak ayah..doa mereka sentiasa mengiringi kejayaan anak2
mereka..insyaAllah.

Jadikan keputusan exam yg lepas sebagai motivasi yg cukup kuat untuk menjadi batu loncatan yg utuh dalam memberikan impak positif kpd diri sendiri..

ALL DA BEST!!


Salam sahabat2 seperjuangan...

Hanya tinggal beberapa paper je untuk merdeka(dr fatrah exam)... Tapi perjuangan mesti diteruskan...jgn sesekali putus asa..kuat semangat !!

Normal lah sekiranya virus kemalasan melanda kt di saat hanyer tinggal 1,2 paper ni..apa2 pun mesti berkorban tuk mengecapi kejayaan...kejayaan xkan dtg bergolek...sebaliknya msti usaha n terus usaha!!

Caiyok2 semua!!...Hapuskan Kemalasan!!

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya harapan, yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNYA, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah tersirat rahmat & hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya.~

all the best in ur exam, gunakan masa yang ada sebaiknya, jgn malas2. xde kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu....
barakallahufik


Kita berusaha..kita cuba..n kita berserah PadaNYA
....

Fatrah Exam...

Musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap.

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untuk berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa mengharap pertolanganNya.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;

"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"


Kepada sahabat2 perjuangan..salam mujahadah menghadapi Final Exam..Maafkan segala salah n silap n BittauFiq Wannajah !!

TINTA PENA HATI..

Tersenyum bibir dalam nafas bismillah, terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah, terjerat hati dalam nafas cinta, terkuyu mata dalam nafas air mata, terhimpit nafsu dalam nafas hina, terpanah hiba dalam nafas yg Esa, tersujud sedu dalam nafas doa, tersekat suara dalam nafas innalillah, terbujur kaku dalam nafas barzakh, terjunam neraka dalam nafas nauzubillah, terpilih syurga dalam nafas alhamdulillah.

"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan, dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"(sayyid qutb)

IMAN umpama bunga yg mewangi
jauh di puncak pohon berduri,
Utk mencapainya memerlukn tangga ISTIQAMAH,
Dibantu tali TAWADUK &
Disertai dgn kekuatn DOA..

Jika ingin tempat mencurah KASIH,
cukuplah ALLAH sbg kekasih
Jika ingin tempat bermanja,
Cukuplah AL-QURAN sbG teman
Jika inginkn pengajarn,
Cukuplah maut sbg peringatn...

Sahabatku,
Kau tdk bodoh...
Andai kau gagal slps kau berusaha,
Kerana itu 1 ujian & dijanjikan pahala
Bakal mengangkat darjatmu di sisiNya
Jika kau redha, sabar & terus berusaha.

Tetapi kau mmg bodoh...
Jika kau langsung tdk berusaha
Kerana pasti kau akn gagal & menderita
Tiada nilaian pahala drpdNya
Malah kau pula menanggung dosa
Lantaran kau sia2kan amanah berharga...

"kadang-kadang kita terlalu banyak merancang,tapi kurang bermohon...

terlalu banyak berfikir,tapi kurang tawakkal...

terlalu banyak risau dan kurang optimis...

kerana kita terlupa bahawa ujian itu adalah tarbiyah dari Allah"

fikir-fikirkanlah...

" ujian adalah tarbiyah dari AllaH "

GEJALA RASUAH

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.


Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.


PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH


Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.


Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.


Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.


PUNCA BERLAKUNYA RASUAH


Antara punca berlakunya rasuah ialah :


a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH


Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :


1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jati diri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.


2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.


3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.


4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul




Buku ni bukan sahaja bercerita mengenai cinta yang praktikal malah ada diselitkan tentang pelaksanaan ke arah baitul muslim(keluarga muslim), sedikit tentang isu jihad dan rentetan sejarah Palestin serta ada diselitkan senarai tentang cara untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang berjuang di bumi Palestin. Buku yang
bukan hanya bermadah indah namun sarat dengan info dan panduan berdasarkan Sunnah Nabawiyyah.

Buku ni, sememangnya 'highly recommended' bagi mereka yang nak bahagia bila berumah tangga nanti atas dasar syariat dan bukan maksiat, bagi mereka yang pernah dilamar dan melamar, atau mungkin bakal dilamar dan melamar, bagi mereka yang pernah bercouple, sedang bercouple dan mereka-mereka yang 'frust' bercinta juga bagi mereka yang belum pernah bercinta dan sedang mencari-cari cinta seolah lelaki sebagai teman hidup menuju redha Ilahi.

Bagi para lelaki yang mahu menyunting sekuntum mawar yang mekar berduri, bijaklah mengatur langkah. Aturkan langkahmu dengan teliti dan berhati-hati. Kisah dalam buku ini, saya yakin dan percaya bukan idealistik semata, namun ia boleh menjadi realiti andai kita memilih untuk merealisasikannya - iaitu menghidupkan As-sunnah.


Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini lebih-lebih lagi sebagi seorang remaja kerana ujian di usia remaja ini sememangnya mencabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya termasuk remaja mempunyai susuk peribadi yang mantap dan mapan. Nafsu yang dikawal ketat dengan iman dan taqwa maka kebinasaan dapat dihindari.

Selaku seorang muslimah, yang juga sedang meniti alam remaja, tidak dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yang sinonim pada kebanyakan remaja. Berapa ramai yang mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama-sama kita renung kembali jauh ke dalam diri. Moga ada perubahan yang dapat kita lakukan dalam hidup setelah membaca buku ini.

Dapatkan manfaat dari buku ini!

Mesti Baca!!...=)

"Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul"(Panduan membina mahligai kasih Idaman melalui inspirasi kisah motivasi) by Fatimah Syarha Mohd Noordin.

My Blog's Concept

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam perjuangan dan ukhuwwah buat seluruh pengunjung laman blog Hayatul Quran.

Blog ini telah terbina pada awal tahun ini kerana keinginan untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca sekalian disamping sebagai suatu dimensi dalam menyampaikan dakwah di alam maya ini serta sekaligus merupakan kertas projek bagi subjek pppm 3032 Teknologi Maklumat Dakwah. Blog ini terhasil atas tunjuk ajar dan bantuan daripada seorang insan yang bergelar teman, sahabat dan juga kawan yang banyak berkongsi suka dan duka kehidupan ini. Insan inilah yang menjadi 'sifu' dan tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar sehingga terhasilnya teratak yang diberi nama
"Hayatul Quran ".

Konsep blog ini adalah
Qurani Hayati. Penulis memilih konsep ini memandangkan betapa pentingnya kita menerapkan nilai-nilai ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian. Disamping dapat menyampaikan ilmu dakwah yang banyak terkandung dalam al-Quran. Blog ini juga membincangkan isu-isu Islam yang memberi pengajaran dan manfaat kepada pembaca.

Akhir kalam, Syukran Kathiran kepada pensyarah kursus, Dr. Zulkifli bin Abd Ghani yang memberi peluang kepada penulis mencipta blog yang tidak seberapa ini. Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat dan pihak tertentu yang banyak memberi sokongan dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada ' sifu ' ku yang banyak memberi tunjuk ajar sehinggalah terhasilnya blog
Hayatul Quran. Jasa baik kalian penulis ucapkan Syukran Jazilan Kathiran!!!....



KAUM ADAM IPT MENUJU KEPUPUSAN




Semua institut pengajian tinggi mengalami masalah yang sama. Masalah kekurangan mahasiswa berbanding mahasiswi. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, masalah tersebut selalu diperkatakan sehingga ia menjadi satu dokrin. Manjadi isu yang biasa dan sudah tidak popular. Isu ini sepatutnya sudah ada penyelesaiannya. Baru-baru ini, isu ini kembali disuarakan. Sedikit perkongsian ini untuk mencelikkan kembali mata kita yang mungkin telah tertutup dengan isu ini.

PUTRAJAYA 16 Jun - Kekurangan jumlah pelajar lelaki di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini semakin serius dan membimbangkan terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob berkata, lebih mengejutkan lagi trend penguasaan golongan itu dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot dan kini didominasi pula oleh pelajar perempuan.

''Untuk kelayakan ke bidang perguruan sahaja, sebanyak 70 peratus dikuasai pelajar perempuan... di manakah pelajar lelaki?

''Trend kekurangan pelajar lelaki ini sebenarnya tidak di UPSI sahaja, tidak juga dalam kursus bahasa dan perguruan, tetapi meluas di seluruh universiti yang turut meliputi bidang profesional dan teknikal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

(sedutan berita dalam Utusan Malaysia)


Apakah masalah sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku? Adakah tahap pemikiran pelajar lelaki tidak setinggi pelajar wanita? Dalam Islam, lelaki dikatakan memiliki 9 akal berbanding wanita. Ini mencerminkan keupayaan lelaki ynag sepatutnya melebihi kaum wanita. Tetapi permasalahan sekrang, ianya berlaku yang sebaliknya.

Apakah yang pincang sebenarnya? Kaum itu sendiri atau sistem yang kita guna pada hari ini. Tidak dinafikan, wanita dari dahulu sampai sekarng dikaitkan dengan kerajinan dan sistematik dalam membuat sesustu perkara. Mungkin fitrah semulajadi yang dianugerahkan. Leleki pula, tidak ramai yang bersifat demikian. Sedar atau tidak, sistem pendidikan negara kita lebih meraikan golongan yang rajin berusaha atau bahasa lain, rajin menghafal, menghurai dan sebagainya. Ini lebih memihak kepada fitrah semulajadi wanita. Secara tidak langsung is menutup peluang kepada kaum lelaki untuk mereka mempamaerkan prestasi mereka.
Menurut Aminah, Kementerian Pelajaran perlu mengubah teknik pengajaran ke arah yang lebih mengupayakan pelajar untuk menelaah dan berfikir.

''Kita jangan lagi bergantung kepada sistem peperiksaan yang berbentuk menghafal sebaliknya tukarkannya kepada teknik mengasah minda dan berfikir.

''Jika kekurangan pelajar lelaki di IPTA ini tidak ditangani dikhuatiri akan wujud ketidakseimbangan besar yang mengakibatkan penyertaan golongan itu dalam bidang profesional tidak menyerlah," katanya.

Ini hanya satu lontaran. Tiada niat untuk menyalahkan sesiapa. Kerana dalam setiap perkara ynag dibuat, kadang-kadang ia akan bersifat menguji sistem pada awalnya. Sistem pendidikan kita sudah lama diamalkan dan setiap masa ianya diubah supaya relevan dengan keadaan dan masalah semasa. Mungkin perlu sedikit lagi pembaikan dari masa ke semasa. Jikalau masalah kekurangan kaum lelaki ini tidak diambil berat, kita bimbang Malaysia akan kepupusan pemimpin dan profesional daripada kaum lelaki.

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah ialah mengeluarkan makanan tertentu dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syaratnya yang tertentu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: Ibnu Umar r.a huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah di akhir Ramadhan sebanyak satu gantang tamar atau satu gantang gandum bagi setiap orang muslim sama ada hamba, merdeka, lelaki, perempuan, kecil dan dewasa.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan atau zakat puasa kerana ianya menyempurnakan ibadat puasa di samping menambahkan pahala puasa. Zakat fitrah diwajubkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Kadar zakat fitrah ialah segantang Baghdad bersamaan dengan 2.7 kilogram beras atau makanan asasi sesebuah Negara. Di antara syarat-syarat zakat fitrah ialah:

1- beragama Islam.
2- Merdeka, tidak wajib ke atas hamba (hamba dibayar oleh tuannya)
3- Mempunyai harta berlebihan daripada makan dan minum untuk diri dan keluarga pada malam dan hari raya.
4- Hidup pada akhir bulan Ramadhan dan Awal Syawal.

Golongan yang berhak menerima zakat fitrah adalah dari kalangan orang fakir, orang miskin, amil (orang yang dilantik untuk memungut zakat), muallaf, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang yang berjuang di jalan Allah dan musafir yang terputus bekalan wang.

Mengeluarkan zakat merupakan satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di samping dapat menampung kekurangan pahala puasa Ramadhan. Selain itu juga ia dapat merapatkan hubungan di antara orang kaya dan orang miskin lantas dapat membersihkan diri sesorang daripada sifat-sifat keji seperti bakhil.

PIAGAM MADINAH POLITIK ISLAM

Piagam madinah merupakan titik mula politik dalam Islam. Ia telah dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Piagam madinah ialah perlembangaan Negara Islam yang merangkumi aspek agama, budaya, sosial, politik, system ekonomi, pentadbiran serta hubungan daam dan luar negeri.

Baginda bercita-cita untuk menjadikan Madinah sebuah Negara Islam yang berpegang teguh kepada tauhid dan bermatlamatkan kebahgiaan di dunia dan akhirat dengan berjuang dan berjihad di jalan Allah SWT. Cita-cita murni ini mungkin tidak tercapai kerana terdapat beberapa halangan yang menjadi penghalang ke arah pencapaiaan tersebut. Di antara halangan tersebut ialah:

1- madinah mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

2- Madinah mempunya sosio-budaya dan cara hidup yang berbeza.

3- Menganuti pelbagai fahaman.

4- Terdiri daripada latar belakang sejarah yang berlainan.

Rasulullah SAW telahh mengambil langkah bijak dengan melaksanakan beberapa proram penyatuan rakyat Madinah seperti menyusun semula masyarakat ayng tinggal di Madinah. Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang lengkap dan telah dipersetujui oleh seluruh penduduk Madinah.

Piagam ini menjadi dasar pemerintahan Rasulullah SAW dan telah menghasilkan perpaduan dan keamanan di kalangan penduduk Madinah. Lantaran itu ia mendapat kesan yang baik di antaranya ialah cita-cita untuk menegakkan sesebuah Negara Islam menjadi kenyataan, perundangan Islam dapat dijalankan, menjamin hak individu dan kelompok dalam sesuatu masyarakat terutamanya aspek sosio-budaya, perpaduan kaum dapat diwujudkan kerana dilindungi oleh perundangan Islam, gejala-gejala buruk dapat dihapuskan, keiatan ekonomi dapat dimajukan, ancaman terhadap Islam dapat disekat dan dibanteras dan yang paling penting ia menjadi ikutan para sahabat dan khalifah-khalifah Islam yang terkemudian serta dakwah Islam dapat berjalan dengan baik tanpa tentangan dan ancaman.

USRAH MUSLIMAH NADI UMMAH


Pembinaan usrah muslimah bermula dari penyediaan konkrik dan tapak yang kukuh. Percubaan membinanya di tanah lumpur atau tebing yang runtuh hanyalah satu percubaan yang sia-sia malah membahayakan diri. Islam telah melakarkan “Pelan Yang Kukuh” untuk tujuan pembinaan tersebut.


Tapak usrah muslimah yang dikatakan tersebut adalah sebagaimana sabda Nabi SAW:

عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن المرأة تنكح على دينها ومالها وجمالها فعليك بذات الدين تربت يداك .

رواه الترمزي وقال حسن صحيح


“Maksudnya: Dari Jabir bahawa Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya perempuan yang dikahwini berdasarkan agamanya, hartanya dan kecantikannya; maka selayaknya engkau memilih agama yang pasti membahagiakan kamu”


Hal ini turut ditegaskan oleh Imam al-Ghazali R.A di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin:

“Proses pengislahan ehwal kehidupan (rumahtangga) mestilah dengan mengambil perhatian yang serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih iaitu perempuan yang ada padanya 8 peranan :

1- Beragama

2- Berakhlak mulia

3- Murah mas kawin

4- Tidak mandul

5- Anak dara

6- Berbangsa (keturunan yang baik)

7- Cantik

8- Bukan dari kerabat yang dekat


AIDILFITRI DARI PERSPEKTIF ISLAM

Aidilfitri merupakan hari yang kejayaan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Dalam menyambut kedatangan Aidilfitri, sewajarnya kita menyambut dan mengamalkan beberapa amalan yang dianjurkan oleh Islam di antaranya ialah :

1- Memperbanyakan takbir dan tahmid kepada Allah

2- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam Hari Raya

3- Memastikan penyempukan zakat fitrah bagi diri dan ahli keluarga

4- Mengelakkan dari pembaziran ketika menyambut hari lebaran dengan persiapan yang sederhana

5- Mandi sunat di pagi Hari Raya

6- Pakai pakaiaan baru ataupun bersih sebagai tanda syukurnya pada Allah

7- Pakai wangian pada pagi Hari Raya

8- Mohon kemaafan kepada semua orang

9- Makan sedikit makanan sebelum solat sunat Aidilfitri dan ambil laluan yang berbeza pergi dan balik

10- Solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

11- Saling ziarah menziarahi

12- Tidak lupa bersedekah kepada yang memerlukan

13- Elak daripada menyambut Aidilfirti dari perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’

Oleh itu Aidilfitri merupakan hari penuh bermakna khususnya umat Islam di dunia ini. Tapi yang membezakan adalah suasana sambutannya kerana umat Islam di Malaysia begitu teruja menanti hari Aidilfitri dan menyambutnya dengan meriah. Akan tetapi, di sebalah Negara arab mereka begitu teruja dengan bulan Ramadhan kerana bagi mereka Ramdhan merupakan bulan perayaan. Mereka akan hidupkan Ramadhan dengan penh syukur iaitu solat tarawih, sedekah dan baca Al-Quran. Manakala pada 1 Syawal mereka melaku seperti hari-hari yang biasa. Selepas solat Aidilfitri terus mereka buat hal sendiri yang petani bercucuk tanam, yang penjual dengan jualannya dan sebagainya.