ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah ialah mengeluarkan makanan tertentu dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syaratnya yang tertentu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: Ibnu Umar r.a huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah di akhir Ramadhan sebanyak satu gantang tamar atau satu gantang gandum bagi setiap orang muslim sama ada hamba, merdeka, lelaki, perempuan, kecil dan dewasa.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan atau zakat puasa kerana ianya menyempurnakan ibadat puasa di samping menambahkan pahala puasa. Zakat fitrah diwajubkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Kadar zakat fitrah ialah segantang Baghdad bersamaan dengan 2.7 kilogram beras atau makanan asasi sesebuah Negara. Di antara syarat-syarat zakat fitrah ialah:

1- beragama Islam.
2- Merdeka, tidak wajib ke atas hamba (hamba dibayar oleh tuannya)
3- Mempunyai harta berlebihan daripada makan dan minum untuk diri dan keluarga pada malam dan hari raya.
4- Hidup pada akhir bulan Ramadhan dan Awal Syawal.

Golongan yang berhak menerima zakat fitrah adalah dari kalangan orang fakir, orang miskin, amil (orang yang dilantik untuk memungut zakat), muallaf, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang yang berjuang di jalan Allah dan musafir yang terputus bekalan wang.

Mengeluarkan zakat merupakan satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di samping dapat menampung kekurangan pahala puasa Ramadhan. Selain itu juga ia dapat merapatkan hubungan di antara orang kaya dan orang miskin lantas dapat membersihkan diri sesorang daripada sifat-sifat keji seperti bakhil.

2 Respon:

Seni Islam said...

Salam penulis..bagus krn lebelkan ia sbagai Ilmu Islam..krn ia dpt mberitahu sedikit sbyk ttg zakat ftrah..pe itu zakat fitrah..sdakar pgetahuan umum..

Anonymous said...

Salam..zakat merupakan rukun yang wajib ditunai oleh umat islam sbgamana rukun2 islam yang lain..jka salah satu xbuat maka pincanglah rukun islam tu