PIAGAM MADINAH POLITIK ISLAM

Piagam madinah merupakan titik mula politik dalam Islam. Ia telah dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Piagam madinah ialah perlembangaan Negara Islam yang merangkumi aspek agama, budaya, sosial, politik, system ekonomi, pentadbiran serta hubungan daam dan luar negeri.

Baginda bercita-cita untuk menjadikan Madinah sebuah Negara Islam yang berpegang teguh kepada tauhid dan bermatlamatkan kebahgiaan di dunia dan akhirat dengan berjuang dan berjihad di jalan Allah SWT. Cita-cita murni ini mungkin tidak tercapai kerana terdapat beberapa halangan yang menjadi penghalang ke arah pencapaiaan tersebut. Di antara halangan tersebut ialah:

1- madinah mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

2- Madinah mempunya sosio-budaya dan cara hidup yang berbeza.

3- Menganuti pelbagai fahaman.

4- Terdiri daripada latar belakang sejarah yang berlainan.

Rasulullah SAW telahh mengambil langkah bijak dengan melaksanakan beberapa proram penyatuan rakyat Madinah seperti menyusun semula masyarakat ayng tinggal di Madinah. Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang lengkap dan telah dipersetujui oleh seluruh penduduk Madinah.

Piagam ini menjadi dasar pemerintahan Rasulullah SAW dan telah menghasilkan perpaduan dan keamanan di kalangan penduduk Madinah. Lantaran itu ia mendapat kesan yang baik di antaranya ialah cita-cita untuk menegakkan sesebuah Negara Islam menjadi kenyataan, perundangan Islam dapat dijalankan, menjamin hak individu dan kelompok dalam sesuatu masyarakat terutamanya aspek sosio-budaya, perpaduan kaum dapat diwujudkan kerana dilindungi oleh perundangan Islam, gejala-gejala buruk dapat dihapuskan, keiatan ekonomi dapat dimajukan, ancaman terhadap Islam dapat disekat dan dibanteras dan yang paling penting ia menjadi ikutan para sahabat dan khalifah-khalifah Islam yang terkemudian serta dakwah Islam dapat berjalan dengan baik tanpa tentangan dan ancaman.

3 Respon:

Seni Islam said...

Salam...Rasulullah memang bijak dalam mjadi seorg pmimpn...Islam adlah utama..Alqurn adalah pduan..adil sksama..indah skali..

Anonymous said...

salam..islam merupakan asas dalam pemerintahan baginda.maka wajiblah umat islam yang mcntohinya,..rasulullah adalah cntoh yang tbaik untuk ,mbina sbuah ngara islam..

Anonymous said...

Salam..Islam merupakan tonggaj asas dalam pelembangaan Rasulullah.tiada yang dpt mgatasinya..byk yang diceritakan dlm2 sejarah ISlam mgenai pemerintahan baginda xkira dengan org islam atau org bkn islam..sgalanya adil saksama..org islam wajib mcntohi bagnda.