KAEDAH ISLAM MEMBASMI KEMISKINAN

Kemiskinan merupakan wabak yang terbesar melanda manusia dari dulu hingga sekarang. Menurut Prof. Dr. Rifaat Al-Irady di dalam bukunya “Sistem Ekonomi Islam” menjelaskan bahawa terdapat 5 kaedah utama dalam membasmi kemiskinan iaitu:

1- Memperbetulkan Aqidah berkenaan ekonomi:
Dalam hal ini, usaha untuk membasmi kemiskinan bermula daripada memastikan kesahihan Aqidah berkenaan ekonomi pada diri individu faqir miskin terutamanya dan masyarakat ini merangkumi 3 perkara iaitu:

- kefahaman yang benar tentang qada’ dan qadar dalam masalah kemiskinan.
- Kefahaman yang betul tentang keseimbangan antara pengeluar ekonomi dan keperluan manusia, serta
- Kefahaman yang betul tentang hak pemilikan harta sebenar kepada Allah S.W.T

2- Pengagihan Hasil Ekonomi Mengikut Pengkhususan Yang Betul.
Islam memilih pengkhususan ekonomi yang tersendiri di mana merangkumi 3 jenis pengkhususan iaitu:

- pengkhususan antara sektor awam dan sector swasta
- Pengkhususan antara generasi kini dan generasi akan datang.
- Pengkhususan dalam sector awam.

3- Pengkhususan Ekonomi Terancang Dan Berstrategi.
Pemimpin juga bertanggungjawab menguruskan ekonomi secara terancang dan strategi berdasarkan beberapa kaedah syarak:

- Berdasarkan kepada maslahah
- Mengambil mudharat yang khusus bagi mengelakkan mudharat yang umum.
- Mudharat yang lebih berat dihilangkan dengan mudharat yang lebih ringan.

4- Mengamalkan Ekonomi Berkeutamaan.
Ini dapat dilaksanakan mengikut keutamaan berdasarkan maqasid syariah (objektif syarak) iaitu:

- Maqasid Ad-Doruriyah.
Merangkumi maslahah duniawi dan ukhrawi. Ia terangkum dalam 5 aspek iaitu menjaga agama, jiwa, harta dan akal.

- Maqasid Al-Hajiah.
Keperluan manusia bagi mengelakkan kepayahan dan kesempitan contohnya perhubungan pengangkutan.

- Maqasid Al-Tahsiniah.
Perkara yang mengindahkan kehidupan dan mengelakkan perkara-perkara yang ingin dijauhi oleh akal yang waras.

5- Pengitaran Harta Daripada Golongan Kaya Kepada Golongan Miskin.

- Peringkat wajib: tunaikan nafkah wajib ke atas anggota keluarga dan mengeluarkan zakat bagi peringkat masyarakat.
- Peringkat pilihan: bersedekah

2 Respon:

Seni Islam said...

Salam...Thanks a lot kpd penulis blog ini krn posting artikel yg sgt menarik dan bermanfaat, terutamanya ttg isu ini. Saya mendpt informasi terbaru ttg cara utk kt membasmi kemiskinan...sebagai umat Islam sama2lah kita menyokong ekonomi Islam atau perniagaan milikan Islam...Sekarang produk bumiputera telah banyak berada di pasaran. Masyarakat Islam seharusnya mencari bukan mencebik produk keluaran Bumiputera. Apa salahnya meneguk air cincau keluaran bumiputera yg jelas lebih menyegarkan atau menghirup kopi anak tempatan. Jadi, perubahan harus dilakukan kerana ini bukannya pengorbanan tetapi hnya mencari produk yg setanding malah lebih berkualiti dan yg paling penting HALAL...=)

Anonymous said...

salam..tm ksh..tgk..Islam bijak dlm memberi cara untuk membasmi kemiskinan..tapi kita tidak mgambil cara..krn sbagian besar umat Islam mganggap ia myusahkan..mereke lebih suka mgunakan cara barat....Islam itu pmudah cara