Aidilfitri merupakan hari yang kejayaan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Dalam menyambut kedatangan Aidilfitri, sewajarnya kita menyambut dan mengamalkan beberapa amalan yang dianjurkan oleh Islam di antaranya ialah :
1- Memperbanyakan takbir dan tahmid kepada Allah
2- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam Hari Raya
3- Memastikan penyempukan zakat fitrah bagi diri dan ahli keluarga
4- Mengelakkan dari pembaziran ketika menyambut hari lebaran dengan persiapan yang sederhana
5- Mandi sunat di pagi Hari Raya
6- Pakai pakaiaan baru ataupun bersih sebagai tanda syukurnya pada Allah
7- Pakai wangian pada pagi Hari Raya
8- Mohon kemaafan kepada semua orang
9- Makan sedikit makanan sebelum solat sunat Aidilfitri dan ambil laluan yang berbeza pergi dan balik
10- Solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan
11- Saling ziarah menziarahi
12- Tidak lupa bersedekah kepada yang memerlukan
13- Elak daripada menyambut Aidilfirti dari perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’
Oleh itu Aidilfitri merupakan hari penuh bermakna khususnya umat Islam di dunia ini. Tapi yang membezakan adalah suasana sambutannya kerana umat Islam di Malaysia begitu teruja menanti hari Aidilfitri dan menyambutnya dengan meriah. Akan tetapi, di sebalah Negara arab mereka begitu teruja dengan bulan Ramadhan kerana bagi mereka Ramdhan merupakan bulan perayaan. Mereka akan hidupkan Ramadhan dengan penh syukur iaitu solat tarawih, sedekah dan baca Al-Quran. Manakala pada 1 Syawal mereka melaku seperti hari-hari yang biasa. Selepas solat Aidilfitri terus mereka buat hal sendiri yang petani bercucuk tanam, yang penjual dengan jualannya dan sebagainya.
3 Respon:
salam...artikel yg bagus. Itulah aidilfitri yg kt dambakan...kalau dilihat fenomena yg berlaku sekarang berbeza terutamanya di kalangan golongan muda..mereka lebih suka berada di depan tv menonton rancangan2 yg dihidangkan sempena syawal sehingga mengabaikan saudara mara yg datang bertandang.sepatutnya kita manfaatkan masa itu dengan bermesra dan bermaafan sesama sendiri.bukan senang untuk berkumpul semua keluarga memandangkan masing2 sibuk dengan tugasan sendiri,,,n alangkah ruginya jika kita sebagai umat Islam tdk dapt menghayati nikmat aidilfitri ini. Fikir2kanlah…
salam...atikal yang dapat membantu pembaca agar memjalani Aidilfitri yang sebenar.bukan seperti yang diamalkan sebelum ni.hanya budaya semata2.teruskan..
Ws..thanks. Semoga bulan syawal yg hanya berbaki beberapa hari ini dapat kita manfaatkan dgn bermaafan sesama sendiri, ziarh menziarahi dan selamat berpuasa sunat Syawal kpd semua...Kejarlah baki2 syawal yg bakal melabuhkan tirai ini dengan sebaik mungkin krn belum pasti lgi kita akan bertemu pd syawal yg akan datang...
Post a Comment