USRAH MUSLIMAH NADI UMMAH


Pembinaan usrah muslimah bermula dari penyediaan konkrik dan tapak yang kukuh. Percubaan membinanya di tanah lumpur atau tebing yang runtuh hanyalah satu percubaan yang sia-sia malah membahayakan diri. Islam telah melakarkan “Pelan Yang Kukuh” untuk tujuan pembinaan tersebut.


Tapak usrah muslimah yang dikatakan tersebut adalah sebagaimana sabda Nabi SAW:

عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن المرأة تنكح على دينها ومالها وجمالها فعليك بذات الدين تربت يداك .

رواه الترمزي وقال حسن صحيح


“Maksudnya: Dari Jabir bahawa Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya perempuan yang dikahwini berdasarkan agamanya, hartanya dan kecantikannya; maka selayaknya engkau memilih agama yang pasti membahagiakan kamu”


Hal ini turut ditegaskan oleh Imam al-Ghazali R.A di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin:

“Proses pengislahan ehwal kehidupan (rumahtangga) mestilah dengan mengambil perhatian yang serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih iaitu perempuan yang ada padanya 8 peranan :

1- Beragama

2- Berakhlak mulia

3- Murah mas kawin

4- Tidak mandul

5- Anak dara

6- Berbangsa (keturunan yang baik)

7- Cantik

8- Bukan dari kerabat yang dekat


AIDILFITRI DARI PERSPEKTIF ISLAM

Aidilfitri merupakan hari yang kejayaan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Dalam menyambut kedatangan Aidilfitri, sewajarnya kita menyambut dan mengamalkan beberapa amalan yang dianjurkan oleh Islam di antaranya ialah :

1- Memperbanyakan takbir dan tahmid kepada Allah

2- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam Hari Raya

3- Memastikan penyempukan zakat fitrah bagi diri dan ahli keluarga

4- Mengelakkan dari pembaziran ketika menyambut hari lebaran dengan persiapan yang sederhana

5- Mandi sunat di pagi Hari Raya

6- Pakai pakaiaan baru ataupun bersih sebagai tanda syukurnya pada Allah

7- Pakai wangian pada pagi Hari Raya

8- Mohon kemaafan kepada semua orang

9- Makan sedikit makanan sebelum solat sunat Aidilfitri dan ambil laluan yang berbeza pergi dan balik

10- Solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

11- Saling ziarah menziarahi

12- Tidak lupa bersedekah kepada yang memerlukan

13- Elak daripada menyambut Aidilfirti dari perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’

Oleh itu Aidilfitri merupakan hari penuh bermakna khususnya umat Islam di dunia ini. Tapi yang membezakan adalah suasana sambutannya kerana umat Islam di Malaysia begitu teruja menanti hari Aidilfitri dan menyambutnya dengan meriah. Akan tetapi, di sebalah Negara arab mereka begitu teruja dengan bulan Ramadhan kerana bagi mereka Ramdhan merupakan bulan perayaan. Mereka akan hidupkan Ramadhan dengan penh syukur iaitu solat tarawih, sedekah dan baca Al-Quran. Manakala pada 1 Syawal mereka melaku seperti hari-hari yang biasa. Selepas solat Aidilfitri terus mereka buat hal sendiri yang petani bercucuk tanam, yang penjual dengan jualannya dan sebagainya.

IJTIMAK PADERI SEDUNIA DI MALAYSIA

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita yang begit mengemparkan khususnya buat umat Islam yang mejoritinya bermastautin di Malaysia. Di mana satu program telah dilangsungkan yang dinamakan Ijtimak Paderi Sedunia. Ijtimak ini telah diadakan di Malaysia dengan kehadiran yang dianggarkan 100 orang wakil paderi dari seluruh pelusuk dunia.

Ijtimak ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, dari pandangan mata ia membolehkan proses pemurtadan secara halus. Lantaran itu ia telah mengejutkan dan mencelikkan mata cendikiawan Islam di Malaysia dan yang paling mengejutkan lagi kenapa Perdana Menteri yang merupakan orang Islam yang merasmikan ijtimak tersebut. Bukankah kita sedia maklum Malaysia merupakan Negara Islam.

Seperti yang kita ketahui apa sebenarnya tujuan mereka adalah hendak menyesatkan umat Islam. Sebagaimana firman Allah :

ولن ترضي عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم

Maksudnya: orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.

Sebagaimana firman Allah di atas. Jelaslah bahawa mereka tidak akan duduk diam selagi ada lagi di dunia ini umat Islam. Mereka akan berusaha bersungguh untuk meyesatkan umat Islam dengan apa cara sekalipun sama secara paksa dan secara halus.

Faktor mereka memilih Malaysia sebagai tuan rumah Ijtimak tersebut kerana Malaysia merupakan Negara yang aman dari peperangan. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh bekas paderi John Nicholas dan bekas paderi besar di negeri Sabah. Kini beliau bernama Ustaz Taudin Othman yang berkhidmat sebagai pegawai di Majlis Agama Islam Melaka. Tujuan sebenar kristian adalah untuk menyebarkan pengaruhnya di Malaysia.

KAEDAH ISLAM MEMBASMI KEMISKINAN

Kemiskinan merupakan wabak yang terbesar melanda manusia dari dulu hingga sekarang. Menurut Prof. Dr. Rifaat Al-Irady di dalam bukunya “Sistem Ekonomi Islam” menjelaskan bahawa terdapat 5 kaedah utama dalam membasmi kemiskinan iaitu:

1- Memperbetulkan Aqidah berkenaan ekonomi:
Dalam hal ini, usaha untuk membasmi kemiskinan bermula daripada memastikan kesahihan Aqidah berkenaan ekonomi pada diri individu faqir miskin terutamanya dan masyarakat ini merangkumi 3 perkara iaitu:

- kefahaman yang benar tentang qada’ dan qadar dalam masalah kemiskinan.
- Kefahaman yang betul tentang keseimbangan antara pengeluar ekonomi dan keperluan manusia, serta
- Kefahaman yang betul tentang hak pemilikan harta sebenar kepada Allah S.W.T

2- Pengagihan Hasil Ekonomi Mengikut Pengkhususan Yang Betul.
Islam memilih pengkhususan ekonomi yang tersendiri di mana merangkumi 3 jenis pengkhususan iaitu:

- pengkhususan antara sektor awam dan sector swasta
- Pengkhususan antara generasi kini dan generasi akan datang.
- Pengkhususan dalam sector awam.

3- Pengkhususan Ekonomi Terancang Dan Berstrategi.
Pemimpin juga bertanggungjawab menguruskan ekonomi secara terancang dan strategi berdasarkan beberapa kaedah syarak:

- Berdasarkan kepada maslahah
- Mengambil mudharat yang khusus bagi mengelakkan mudharat yang umum.
- Mudharat yang lebih berat dihilangkan dengan mudharat yang lebih ringan.

4- Mengamalkan Ekonomi Berkeutamaan.
Ini dapat dilaksanakan mengikut keutamaan berdasarkan maqasid syariah (objektif syarak) iaitu:

- Maqasid Ad-Doruriyah.
Merangkumi maslahah duniawi dan ukhrawi. Ia terangkum dalam 5 aspek iaitu menjaga agama, jiwa, harta dan akal.

- Maqasid Al-Hajiah.
Keperluan manusia bagi mengelakkan kepayahan dan kesempitan contohnya perhubungan pengangkutan.

- Maqasid Al-Tahsiniah.
Perkara yang mengindahkan kehidupan dan mengelakkan perkara-perkara yang ingin dijauhi oleh akal yang waras.

5- Pengitaran Harta Daripada Golongan Kaya Kepada Golongan Miskin.

- Peringkat wajib: tunaikan nafkah wajib ke atas anggota keluarga dan mengeluarkan zakat bagi peringkat masyarakat.
- Peringkat pilihan: bersedekah


Pendidikan Islam yang akan mencorakkan masyarakat Islam bukanlah sistem pendidikan yang berasaskan sesuatu yang asing daripada Islam, diimport dari Barat atau yang telah disempurnakan dengan memasukkan beberapa unsur Islam ke dalamnya kerana sebagai contoh kebanyakan sistem yang ada ketandusan aspek-aspek kerohanian.

Sesuatu sistem pendidikan hanya dapat dianggap sebagai sistem pendidikan Islam apabila segala prinsip, kepercayaan serta kandungannya berasaskan Islam. Pendidikan Islam yang terdapat dalam al-Quran adalah pendidikan yang menyeluruh, tidak terbatas kepada ibadat dan melupakan tingkah laku, atau memberatkan individu dan melupakan amal, tetapi meliputi segala kehidupan manusia.

Antara tujuan khas pendidikan Islam juga telah dikemukakan oleh al-Syaibani, iaitu:

  • (a) memperkenalkan generasi muda dengan aqidah Islam, dasar-dasarnya, usul-usul ibadah, dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, membiasakan mereka mematuhi aqidah Islam dan menjalankan serta menghormati syiar-syiar ad-din;
  • (b) menumbuhkan kesedaran yang betul dalam diri anak-anak terhadap din, termasuk prinsip-prinsip, dan dasar-dasar akhlak yang mulia, menyedarkannya akan bid’ah, khurafat, kepalsuan dan kebiasaan usang yang melekat tanpa disedari, sedangkan Islam bersih;
  • (c) menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan hari akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan;
  • (d) mendidik naluri, motivasi dan keinginan anak-anak, membentenginya dengan aqidah dan nilai-nilai syara’ serta membiasakan mereka menahan rang-sangan dalaman, mengatur emosi dan membimbingnya dengan baik; dan
  • (e) membersihkan hati anak-anak daripada sifat dengki, hasad, iri hati, benci, kasar, zalim, ego, menipu, khianat, nifak, ragu- ragu serta sifat-sifat buruk dan hina.

DASAR PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam berasaskan aqidah dan syariat Allah SWT. Kesyumulan Islam, seperti yang dijelaskan di atas, terjelma dalam sistem atau manhaj pendidikan. Pendidikan atau tarbiyah Islam dilaksanakan untuk mengembangkan tasawwur (konsep) dan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran di dalam jiwa anak-anak. Asas dan teras sistem pendidikan ini adalah hakikat tauhid kepada Allah. Di dalam al-Quran (dan Sunnah Rasulullah) terdapat metodologi (kaedah) untuk mendidik manusia. Metodologi itu telah terbukti berkesan mendidik generasi awal. Rahsia utama kejayaan metodologi itu ialah memahami jiwa manusia yang tidak ubah bagaikan peti yang berkunci rapat manakala memahami jiwa menjadi kuncinya. Sebenarnya sistem pendidikan yang paling berkesan dan mampu membawa perubahan menyeluruh dalam diri manusia adalah sistem pendidikan yang berupaya berbicara dengan jiwa. Hanya pendidikan Islam sahaja mempunyai metodologi itu dan mampu merawat jiwa manusia.

Dalam mendidik manusia, Islam memberikan penjelasan mengenai hakikat manusia, alam, penciptanya serta hubungan antara ketiga-tiganya. Keberkesanan dan keunggulan pendidikan Islam dalam membangunkan diri manusia adalah kerana penjelasan mengenai perkara itu perolehi daripada Allah SWT (menerusi al-Quran). Kepincangan sistem-sistem pendidikan di barat mahupun di timur adalah kerana kekaburan dalam memahami perkara-perkara di atas.

RUANG LINGKUP PENDIDIKAN BERASASKAN AL-QURAN

Pendidikan Islam boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang merangkumi seluruh fakulti manusia. Aspek-aspek tersebut ialah:
(a) Pendidikan Kerohanian dan Keimanan
(b) Pendidikan Akhlak
(c) Pendidikan Akal
(d) Pendidikan Jasmani

KEIMANAN DAN KEROHANIAN ASAS PENDIDIKAN

Pendidikan keimanan bermaksud memperkenalkan kepada anak-anak dengan unsur-unsur keimanan, membiasakan dirinya dengan rukun Islam serta mendidiknya dengan prinsip-prinsip syariat yang mulia sejak usia tamyiz (berakal) lagi.

Yang dimaksudkan dengan unsur-unsur keimanan ialah semua perkara yang berkaitan dengan hakikat keimanan serta perkara-perkara yang ghaib seperti beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab-Nya, Rasul dan dengan rukun iman yang lain.

Metod pendidikan keimanan dan kerohanian yang berasaskan al-Quran telah dijelaskan dengan panjang dan terperinci oleh Muhammad Qutb di dalam bukunya, ‘Manhaj Tarbiyah Islamiyah’. Antara perkara penting yang dikemukakan oleh Muhammmad Qutb ialah:

  • (a) meningkatkan kepekaan hati terhadap ciptaan-ciptaan Allah (alam semesta) dan membawa hati merasakan kewujudan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas;
  • (b) meningkatkan kepekaan hati dengan merasai Allah memerhati diri kita pada setiap masa dan di semua tempat serta setiap sesuatu berada di dalam pengetahuan Allah dan Dia akan memberi balasan bagi setiap perkara tersebut;
  • (c) meningkatkan ingatan terhadap Allah dengan perasaan taqwa dan tunduk terus menerus kepada-Nya;
  • (d) meningkatkan rasa cinta terhadap Allah dan berusaha secara berterusan untuk memperolehi keredhaan-Nya; dan
  • (e) meningkatkan rasa damai dan tenteram bersama Allah ketika berada dalam keadaan apa sekalipun, serta menerima takdir-Nya dengan ikhlas dan senang hati.

Dalam sistem pendidikan Islam, unsur alam digunakan untuk menyedarkan hati dalam melahirkan perkara-perkara di atas. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh mengenai alam bagi membangunkan kepekaan hati manusia. Al-Quran membangunkan indera manusia untuk mengenal Tuhannya, melihat kekuasaan-Nya di dalam benda-benda yang kecil mahupun yang besar, benda yang mudah atau yang kompleks. Semuanya membuktikan kekuasaan dan keperkasaan Allah serta keagungan dan kehebatan kreativiti-Nya. Al-Quran mendidik akal dan hati sekaligus. Hanya dengan sentuhan ke atas akal dan hati, akan terbina aqidah yang mantap dan sahih.

ALAM SEBAGAI KITAB TERBUKA

Oleh demikian, sejak peringkat awal lagi pendidikan anak-anak perlu dimulakan dengan pembinaan dan pengukuhan iman. Usaha ini dapat dilakukan dengan mendekatkan anak-anak dengan alam yang terbentang luas, umpama kitab yang terbuka, untuk mem-perkenalkan anak-anak kepada penciptanya.

Pendekatan ini bukanlah pendekatan yang baru kerana sekiranya kita membuka dan mengkaji al-Quran, terutama surah-surah Makkiyah, kita akan dapati Allah SWT telah memperkenalkan diri-Nya dengan menga- lihkan pandangan manusia daripada memandang kehidupan ini dengan akal dan hati yang kosong kepada memandang alam sekeliling dengan kekaguman sehingga membuahkan penyerahan dan pengabdian kepada Allah Rabbul ‘Alamin.

Hari ini kita bukan saja dapat mendedahkan anak-anak kepada alam persekitaran mereka, bahkan dengan bantuan alat-alat audio-visual yang canggih kita dapat mempamerkan kehebatan kuasa Allah sebagai pencipta, pentadbir dan penguasa alam ini kepada mereka.

METOD PENDIDIKAN ISLAM

Setelah kita memahami tujuan dan dasar pendidikan Islam, kita perlu memahami metod yang boleh digunakan untuk merealisasikan sistem ini. Berdasarkan tulisan Muhammad Qutb dan an-Nahlawi, metod pendidikan Islam boleh dirumuskan seperti berikut:
(a) mendidik melalui dialog Qurani dan Nabawi;
(b) mendidik melalui kisah Qurani dan Nabawi;
(c) mendidik melalui perumpamaan;
(d) mendidik melalui teladan;
(e) mendidik melalui amal perbuatan;
(f) mendidik melalui ‘ibrah dan mau’izhah; dan
(g) mendidik melalui targhib dan tarhib.

MASALAH PELAKSANAAN PENDIDIKAN JANGKA PENDEK

Permasalahan anak-anak telah memasuki satu fasa apabila ibu bapa, dalam keghairahan menyediakan anak-anak untuk memasuki alam pendidikan, telah terperangkap dalam pendekatan yang kelihatan ‘Islamik’ tetapi pada pandangan saya tidak memenuhi sepenuhnya hakikat pendidikan Islam.

Akhir-akhir ini banyak ibu bapa dan institusi pendidikan, mendidik anak-anak berasaskan pendekatan pendidikan yang diilhamkan oleh dunia Barat. Walaupun sebahagian pendekatan ini telah diubahsuai, pada dasarnya pendekatan itu tetap bukan pendidikan Islam. Sekiranya dianalisis sistem-sistem pendidikan ini, kita akan sampai kepada satu kesimpulan bahawa seluruh sistem pendidikan ini tiada kaitan dengan pendidikan berteraskan hakikat Rabbaniyah. Sistem-sistem ini sama ada dari segi falsafah, objektif, mahupun natijah yang di-harapkan, sangat berbeza daripada hakikat pendidikan di dalam tasawwur Islam. Sistem pendidikan Barat mungkin mampu untuk menghasilkan anak-anak pintar cerdas dan merealisasikan potensi aqli dan jasmani kerana memang itu matlamat pendidikan mereka. Walaupun penekanan moral diberi ruang dalam sistem ini, sistem moral bukan Islam sudah pasti tidak dapat menghasilkan sistem moral Islam, sekalipun kita berusaha untuk menempelkan kekurangannya dengan menggabungkan unsur-unsur Islam ke dalamnya.
Iqbal pernah mencatatkan: “Sistem pendidikan Barat mampu membawa anak-anak kita mengkagumi dan mempelajari kemajuan teknologi, tetapi tidak bagi mendidik mata anak-anak untuk menangisi dosa-dosanya dan mendidik hati mereka supaya takut hanya kepada Penciptanya”.

Sebenarnya terdapat perbezaan yang besar antara mengambil kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan tokoh-tokoh Barat dengan mengambil sistem pendidikannya. Saya berpendapat meman-faatkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh sesiapa pun mengenai kaedah-kaedah pendidikan atau teknik-teknik menguasai sesuatu kemahiran yang berkesan merupakan usaha yang sangat baik. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hikmah itu adalah barang yang tercicir. Barang siapa yang menjumpainya maka dialah yang lebih berhak memiliknya.”

Oleh itu kita boleh dan sewajarnya memanfaatkan kajian-kajian yang dijalankan oleh Barat, terutama dalam bidang latihan kemahiran hidup seperti membaca, menulis dan mengira. Begitu juga dengan kajian mereka menge-nai teknik berfikir dan pembangunan jasmani.

Bagaimanpun, yang dibimbangi ialah kita mengambil seluruh sistem pendidikan yang mereka kemukakan, kerana ini akan merosakkan lantaran matlamat dan falsafah pendidikan mereka tidak berasaskan tauhid dan keimanan. Sistem mereka hanya mampu melahirkan anak-anak yang pintar tetapi jiwa tetap kosong. Yang lebih membimbangkan ialah lahir tasawwur yang terpisah antara aspek kerohanian dan moral dengan aspek-aspek pendidikan lain. Pendekatan segolongan muslim yang berpegang kepada sistem Barat dan cuba memperbaiki kekurangannya dengan memasukkan unsur-unsur Islam, juga tidak banyak membantu, malah akan mengelirukan masyarakat Islam. Langkah-langkah ini tidak jauh bezanya daripada pendekatan pendidikan sekular yang wujud hari ini

INFO MURTAD DI MALAYSIA

Gejala murtad bukanlah perkara yang baru didengar oleh cuping telinga manusia kerana hal ini telah berlalu di zaman Rasulullah SAW lagi. Tapi ia bukan perkara yang boleh dipandang sebelah mata keran isu murtad ini adalah isu yang berat dan penting dalam Islam. Di Malaysia khususnya ramai umat Islam murtad samaada dalam keadaan diketahuinya atau tidak diketahui, samada remaja ataupun dewasa mahupun golongan tua, samada lelaki atau perempuan.

Menurut kajian yang dibuat 50.4 % melayu adalah agama Islam bersamaan dengan 12,290.472 orang Islam di seluruh Malaysia ( tidak termasuk yang murtad ), dari senyak itu umat Islam di Malaysia hanya 30,000 yang menandatangani sahaja yang menyokong untuk membantah kumpulan anti Islam yang menyokong IFC ( orang yang menunuth persamaan agama ), hanya 0,00244 % sahaja dari 50.4 % umat Islam di Malaysia yang menyokong Islam dan yang menyokong PEMBELA dalam menangani kes murtad di Malaysia. Di manakan lagi 50.398 % umat Islam yang lain??? Hanya seramai inikah umat Islam di Malaysia yang peka terhadap saudara seagama yang telah murtad. Fikirkan bersama.