Dialog Di Keheningan Malam Tanpa Suara

Dialog di keheningan malam tanpa suara ini adalah solat Tahajud atau Qiamullail.Bisikan hati yang paling dalam, bisikan tauhid untuk mengagungkan Allah, membersihkan hati dan mengharapkan redhaNya...


Aku memohon....
Aku merayu.....
Aku merintih....
Hanya pada MU,
Tuhan Sekalian Alam.


~ Qiamullail Memberi Kejayaan ~

Umat Islam hendaklah membudayakan aktiviti solat Tahajud @ Qiamullail kerana ia memberi kesan yang positif, baik secara lahir mahupun batin seseorang yang melaksanakannya. Solat Tahajud memiliki kaitan yang erat dengan kesihatan diri dan produktiviti sehari-hari dalam rangka meningkatkan ekonomi umat Islam.

Qiamullail merupakan kunci kejayaan hidup. Dengan Qiamullail, seseorang akan merasa tenang sehingga masalah yang dihadapi dengan sikap positif dan prasangka baik atas kehendak Allah. Orang yang sentiasa Qiamullail adalah orang yang selalu bersyukur kerana hatinya telah jernih.

Dalam suasana keheningan malam maka orang yang berqiamullail akan mudah berfikir, baik untuk memperoleh tambahan ilmu mahupun dalam memikirkan jalan keluar terhadap pelbagai kesulitan dan cabaran hidup.


~ Panduan Untuk Bangun Malam ~

Seperti yang kita ketahui, tidak semua orang dapat berjaga pada satu pertiga malam yang akhir untuk menunaikan solat Tahajud. Kalaupun terjaga, kerap kali dihanyutkan syaitan
untuk tidur lagi..


Antara tip yang boleh dikongsi agar mudah melakukan Qiamullail :

1. Beristighfar sebelum terbenam matahari.
2. Tidak makan yang berlebihan sebelum tidur.
3. Menutup hari dengan kebaikan spt membaca tasbih,
selawat dan zikir menjelang tidur.
4. Menjaga mata dari pandangan yang haram.
5. Tidak terlalu cenderung kepada dunia.


Masa malam inilah kita bermunajat dan berdialog dengan Allah menerusi Qiamullail,
doa, zikir dan istighfar. Jiwa akan terasa betapa nikmatnya keheningan malam yang diisi dengan makrifat kepada Allah, seolah-olah terjadi dialog rahsia
antara hamba dengan Khalik.

Sekurang2nya inilah masa kita mengadu kepada Allah dan merasakan nikmat hidup
bila kita mengadu kepada sumber kehidupan yang menciptakan
diri kita dan dunia dengan segala isinya..

1 Respon:

Anonymous said...

keinginan nak bangun Qiamulail tu memang ade,,tapi risau nk kuar bilik mase kul 3 or 4,,risau ngan syaitan yang bertopengkan manusia...itu yang membantutkan Qiamulailku...huhu,,mohon nasihat,,,