Merasakan Dosa Ibarat Lalat dan Gunung

Untuk entri kali ini, saya ingin mengajak sahabt2 sekalian untuk sama2 kita muhasabah kembali diri kita sepanjang penghidupan ini.

Kepekaan terhadap terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Seperti yg kita ketahui, masyarakat yg dibentuk oleh Nabi s.a.w. sangat sensitif terhadap ajaran agama Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah s.w.t. Mereka berlumba2 mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Pada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah.

Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan Allah sama ada yg besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka jadi takut untuk melakukan maksiat walau kesalahan yg kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka rasa tertekan seolah2 gunung uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar.

Senario masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Walaupun melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggapi batang hidungnya. Seolah2 tidak ada apa2. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yg kecil. Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang Allah, sehinggakan air mata tangisannya mengalir menjadi longkang dan sungai.

Bagaimanakah keadaan kita sahabat2 sekalian? Adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan? HISABLAH DIRI SEBELUM KITA DIHISAB.

"Astaghfirullahal 'Azim"

Aku Memohon....
Aku Merayu....
Aku Merintih...
Hanya padaMu, Tuhan sekalian Alam..

Dialog Di Keheningan Malam Tanpa Suara

Dialog di keheningan malam tanpa suara ini adalah solat Tahajud atau Qiamullail.Bisikan hati yang paling dalam, bisikan tauhid untuk mengagungkan Allah, membersihkan hati dan mengharapkan redhaNya...


Aku memohon....
Aku merayu.....
Aku merintih....
Hanya pada MU,
Tuhan Sekalian Alam.


~ Qiamullail Memberi Kejayaan ~

Umat Islam hendaklah membudayakan aktiviti solat Tahajud @ Qiamullail kerana ia memberi kesan yang positif, baik secara lahir mahupun batin seseorang yang melaksanakannya. Solat Tahajud memiliki kaitan yang erat dengan kesihatan diri dan produktiviti sehari-hari dalam rangka meningkatkan ekonomi umat Islam.

Qiamullail merupakan kunci kejayaan hidup. Dengan Qiamullail, seseorang akan merasa tenang sehingga masalah yang dihadapi dengan sikap positif dan prasangka baik atas kehendak Allah. Orang yang sentiasa Qiamullail adalah orang yang selalu bersyukur kerana hatinya telah jernih.

Dalam suasana keheningan malam maka orang yang berqiamullail akan mudah berfikir, baik untuk memperoleh tambahan ilmu mahupun dalam memikirkan jalan keluar terhadap pelbagai kesulitan dan cabaran hidup.


~ Panduan Untuk Bangun Malam ~

Seperti yang kita ketahui, tidak semua orang dapat berjaga pada satu pertiga malam yang akhir untuk menunaikan solat Tahajud. Kalaupun terjaga, kerap kali dihanyutkan syaitan
untuk tidur lagi..


Antara tip yang boleh dikongsi agar mudah melakukan Qiamullail :

1. Beristighfar sebelum terbenam matahari.
2. Tidak makan yang berlebihan sebelum tidur.
3. Menutup hari dengan kebaikan spt membaca tasbih,
selawat dan zikir menjelang tidur.
4. Menjaga mata dari pandangan yang haram.
5. Tidak terlalu cenderung kepada dunia.


Masa malam inilah kita bermunajat dan berdialog dengan Allah menerusi Qiamullail,
doa, zikir dan istighfar. Jiwa akan terasa betapa nikmatnya keheningan malam yang diisi dengan makrifat kepada Allah, seolah-olah terjadi dialog rahsia
antara hamba dengan Khalik.

Sekurang2nya inilah masa kita mengadu kepada Allah dan merasakan nikmat hidup
bila kita mengadu kepada sumber kehidupan yang menciptakan
diri kita dan dunia dengan segala isinya..

Pesan Atok: Episod Emak









sumber : I Luv Islam

Hukum Sertai Facebook

Sumber artikel dari Harian Metro 16 Jan 2010 (Sabtu). Sebagai panduan kita bersama dlm mengaplikasikan kemudahan teknologi moden kini.

Antara soalan yang ditanya pembaca:

“Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”


Soalan ini terlalu kerap dilontar dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat
Zaharuddin Abdul Rahman (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM), ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?


Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).


2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?


3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.


4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.


KESIMPULAN


Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa, diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.