Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Dalam banyak-banyak perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan ".(HR At-Tirmidzi)


Perbuatan menurut hawa nafsu boleh menyebabkan manusia berada dalam kesesatan. Apabila manusia lebih banyak menurut hawa nafsu,mereka akan terdorong melakukan sesuatu perkara tanpa mengira halal ataupun haram perbuatan tersebut.Mereka lebih banyak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam dan mengharamkan apa yang dihalalkan.

Salah satu sifat orang yang menurut hawa nafsu ialah sifat malas berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal.Kebanyakan mereka ini mendapati sangat sukar untuk mencari rezeki yang halal.Mugkin pendapatan yang diperoleh apabila ia diusahalan dengan cara yang halal,lebih sedikit berbanding usaha yang dilakukan dengan cara yang mungkar.Sebab itu mereka sanggup melakukan pelbagai pekerjaan yang salah yang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan.Semuanya dilakukan untuk hidup mewah dengan cara yang cepat tanpa perlu bersusah payah untuk suatu tempoh yang lama.



Sifat panjang angan-angan pula adalah suatu perbuatan yang sia-sia.Ini menunjukkan seseorang itu lebih banyak membuang masa dengan tidak melakukan sesuatu perkara yang berfaedah bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada umat Islam secara amnya.Sifat panjang angan-angan ini dikaitkan dengan perbuatan suka menangguh-nangguh sesuatu pekerjaan.Apabila mereka ini berazam untuk melakukan sesuatu yg baik,selalunya mereka tidak akan bersegera melakukannya.Jika mereka melakukannya sekalipun,mereka akan lakukan dengan sambil lewa sahaja.Akibatnya,apa sahaja pekerjaan yang mereka rancangkan tidak akan menjadi.Kalau menjadi sekalipun,selalunya akan mengambil masa yang agak lama untuk mencapainya.

Sahabat-sahabat yg dikasihi sekalian,jika sifat suka berangan-angan ini berterusan dlm diri kita,maka kita akan ketinggalan selama-lamanya.Orang lain mugkin sudah berada jauh di hadapan,sedangkan golongan ini masih berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan yang positif dalam hidup mereka.Alangkah ruginya golongan ini kerana terus membuang masa.

Salah satu kerugian yg besar bagi mereka yang panjang angan-angan adalah mereka lupa kepada akhirat yang akan dituju suatu masa kelak.Contoh,mereka ini suka bertangguh-tangguh ketika melakukan amal ibadat seprti solat.Mereka lebih suka melakukan solat di akhir-akhir waktu dan adakalanya mereka gagal utk melakukannya.Inilah kecelakaan bg mereka yang suka bertangguh-tangguh.

Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersedia dlm apa sahaja keadaan.Ini kerana musuh Islam ada dimana-mana shj.Jika umat Islam sentiasa terleka dgn urusan mereka sendiri,Islam akan dihancurkan dgn mudah.Apatah lagi jika dilihat pada senario yg berlaku pada hari ini.Umat Islam diseluruh dunia tidak bersatu hati. Masing-masing ada 'target' dan matlamat sendiri.Mereka seolah-olah terleka dgn haluan hidup masing-masing sehingga lupa apa yang Allah telah perintahkan supaya umat Islam bersatu hati dan tidak berpecah belah,tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.

Umat Islam seharusnya berada beberapa langkah dihadapan berbanding org-org kafir.Sepatutnya umat Islam yg menguasai segala macam bidang ilmu, muamalat, binaan, kejuruteraan, perubatan, teknologi dsbnya.Sejarah telah membuktikan betapa umat Islam terdahulu adalah orang-orang yg sangat maju dlm semua bidang sehinggakan apa sahaja penemuan dan ciptaan mereka menjadi rujukan orang-orang kafir.Sebut sahaja nama-nama tokoh seperti Ibnu Sina,al-Farabi,al-Khawarizmi dan lain-lain tokoh yg hebat pada zaman tersebut.Mereka sangat berjaya malahan penemuan mereka dimanfaat sehingga ke hari ini.

0 Respon: